| bible.lagu-gereja.com |
| << | Lukas 13 | >> |
| Lukas 13 | Lukas 13 |
| Bertaubat atau Binasa 1Pada waktu itu beberapa orang di situ memberitahu Yesus perihal orang Galilea yang dibunuh oleh Pilatus ketika mereka mempersembahkan korban kepada Allah. 2Yesus berkata kepada mereka, “Kerana beberapa orang Galilea dibunuh secara demikian, adakah hal itu membuktikan bahawa mereka lebih berdosa daripada orang Galilea lain? 3Tidak! Tetapi ingatlah, kecuali kamu bertaubat daripada dosa, kamu semua akan binasa seperti mereka. 4Bagaimanakah dengan lapan belas orang yang terbunuh di Siloam, ketika menara di sana menimpa mereka? Adakah hal itu membuktikan bahawa mereka lebih berdosa daripada semua orang lain yang tinggal di Yerusalem? 5Tidak! Sekali lagi Aku berkata, kecuali kamu bertaubat daripada dosa, kamu semua akan binasa seperti mereka.” Perumpamaan tentang Pokok Ara yang Tidak Berbuah 6Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka. Dia berkata, “Seorang mempunyai pokok ara di kebun anggurnya. Pada suatu hari dia mencari buah ara pada pokok itu, tetapi tidak menjumpai apa-apa. 7Oleh itu dia berkata kepada pekebunnya, ‘Lihatlah, selama tiga tahun aku datang mencari buah ara pada pokok ini, tetapi tidak mendapat sebiji pun. Tebanglah sahaja, kerana pokok ini hanya menghabiskan kesuburan tanah.’ 8Tetapi pekebun itu menjawab, ‘Tuan, biarkanlah pokok ini tumbuh selama setahun lagi. Saya akan mencangkul tanah di sekelilingnya dan menaruh baja. 9Jika pokok ini berbuah pada tahun depan, baiklah. Jika tidak, tuan boleh menyuruh orang menebangnya.’ ” Yesus Menyembuhkan Seorang Wanita Bongkok pada Hari Sabat 10Pada suatu hari Sabat Yesus mengajar di rumah ibadat. 11Di situ ada seorang wanita yang sakit, kerana dirasuk roh jahat selama lapan belas tahun. Dia bongkok dan tidak dapat berdiri tegak. 12Ketika Yesus melihat dia, Yesus memanggil dia dan berkata kepadanya, “Mulai sekarang kamu sembuh!” 13Yesus meletakkan tangan-Nya pada wanita itu dan pada saat itu juga wanita itu berdiri tegak lalu memuji Allah. 14 Ketua rumah ibadat marah kerana Yesus menyembuhkan orang pada hari Sabat. Ketua rumah ibadat berkata kepada semua orang di situ, “Ada enam hari untuk bekerja; datanglah pada masa itu untuk disembuhkan, tetapi jangan pada hari Sabat!” 15Tuhan menjawab ketua itu, “Kamu munafik! Pada hari Sabat orang melepaskan lembu atau keldai dari kandang lalu membawa haiwan itu keluar untuk diberikan minuman. 16Lihatlah, di sini ada seorang wanita keturunan Abraham yang telah diikat oleh Iblis selama lapan belas tahun. Tidak patutkah dia dilepaskan daripada ikatannya pada hari Sabat?” 17Jawapan Yesus memalukan semua musuh-Nya, tetapi semua orang lain bersukacita kerana segala perbuatan ajaib yang dilakukan oleh Yesus. Perumpamaan tentang Biji Sawi (Mat 13.31-32; Mrk 4.30-32) 18Yesus bertanya, “Bagaimanakah keadaannya apabila Allah memerintah? Dengan apakah dapat Aku bandingkan keadaannya? 19Keadaannya seperti perumpamaan ini: Seorang mengambil sebiji benih sawi, lalu menanamnya di ladang. Benih itu tumbuh dan menjadi pokok, lalu burung membuat sarang pada cabang-cabangnya.” Perumpamaan tentang Ragi (Mat 13.33) 20Sekali lagi Yesus bertanya, “Dengan apakah dapat Aku bandingkan keadaannya apabila Allah memerintah? 21Keadaannya seperti ini: Seorang wanita mengambil ragi lalu mencampurnya dengan empat puluh liter tepung sehingga adunan itu naik!” Pintu yang Sempit (Mat 7.13-14,21-23) 22Dalam perjalanan ke Yerusalem, Yesus melalui beberapa buah kota dan pekan sambil mengajar. 23Seorang bertanya kepada-Nya, “Tuan, sedikit sahajakah orang yang akan diselamatkan?” Yesus menjawab, 24“Berusahalah sebaik-baiknya untuk masuk melalui pintu yang sempit, kerana banyak orang yang mencuba masuk, tetapi tidak dapat. 25Pada waktu tuan rumah bangun dan menutup pintu, kamu yang berdiri di luar mula mengetuk pintu dan berkata, ‘Tuan, bukalah pintu untuk kami!’ Tuan itu akan menjawab, ‘Aku tidak tahu dari mana kamu datang!’ 26Kamu akan menjawab, ‘Kami sudah makan dan minum bersama-sama tuan, dan tuan juga mengajar di kota kami!’ 27 Tetapi tuan itu akan berkata lagi, ‘Aku tidak tahu dari mana kamu datang. Pergilah dari sini, kamu semua yang melakukan kejahatan!’ 28 Pada waktu kamu melihat Abraham, Ishak, dan Yakub serta semua nabi bersukacita di Dunia Baru Allah, kamu akan menangis dan menderita kerana kamu diusir ke luar! 29 Orang akan datang dari timur dan barat, dari utara dan selatan, untuk menikmati jamuan di Dunia Baru Allah. 30 Sesungguhnya orang yang sekarang terakhir akan menjadi yang pertama dan orang yang sekarang pertama akan menjadi yang terakhir.” Kasih Yesus kepada Yerusalem (Mat 23.37-39) 31Pada masa itu juga, beberapa orang Farisi datang kepada Yesus dan berkata kepada-Nya, “Tinggalkan tempat ini. Pergilah ke tempat lain, kerana Herodes hendak membunuh kamu.” 32Yesus menjawab, “Pergilah beritahu orang licik itu, ‘Hari ini dan esok Aku mengusir roh jahat dan menyembuhkan orang sakit, lalu pada hari ketiga, Aku akan menyelesaikan pekerjaan-Ku.’ 33Meskipun demikian Aku harus meneruskan perjalanan hari ini, esok, dan lusa, kerana tidak semestinya seorang nabi dibunuh di tempat lain kecuali di Yerusalem. 34Yerusalem, Yerusalem! Engkau membunuh nabi-nabi dan merejam para utusan Allah. Sudah beberapa kali Aku ingin memeluk semua pendudukmu seperti seekor induk ayam melindungi anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi engkau tidak mahu! 35 Yerusalem, engkau akan ditinggalkan oleh Allah dan engkau tidak akan melihat Aku lagi sehingga tiba masanya engkau berkata, ‘Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan.’ ”   | 13:1 There were present at that season some who told Him about the Galileans whose blood Pilate had mingled with their sacrifices. 13:2 And Jesus answered and said to them, "Do you suppose that these Galileans were worse sinners than all [other] Galileans, because they suffered such things? 13:3 "I tell you, no; but unless you repent you will all likewise perish. 13:4 "Or those eighteen on whom the tower in Siloam fell and killed them, do you think that they were worse sinners than all [other] men who dwelt in Jerusalem? 13:5 "I tell you, no; but unless you repent you will all likewise perish." 13:6 He also spoke this parable: "A certain [man] had a fig tree planted in his vineyard, and he came seeking fruit on it and found none. 13:7 "Then he said to the keeper of his vineyard, `Look, for three years I have come seeking fruit on this fig tree and find none. Cut it down; why does it use up the ground?' 13:8 "But he answered and said to him, `Sir, let it alone this year also, until I dig around it and fertilize [it]. 13:9 `And if it bears fruit, [well]. But if not, after that you can cut it down.'" 13:10 Now He was teaching in one of the synagogues on the Sabbath. 13:11 And behold, there was a woman who had a spirit of infirmity eighteen years, and was bent over and could in no way raise [herself] up. 13:12 But when Jesus saw her, He called [her] to [Him] and said to her, "Woman, you are loosed from your infirmity." 13:13 And He laid [His] hands on her, and immediately she was made straight, and glorified God. 13:14 But the ruler of the synagogue answered with indignation, because Jesus had healed on the Sabbath; and he said to the crowd, "There are six days on which men ought to work; therefore come and be healed on them, and not on the Sabbath day." 13:15 The Lord then answered him and said, "Hypocrite! Does not each one of you on the Sabbath loose his ox or donkey from the stall, and lead [it] away to water it? 13:16 "So ought not this woman, being a daughter of Abraham, whom Satan has boundthink of itfor eighteen years, be loosed from this bond on the Sabbath?" 13:17 And when He said these things, all His adversaries were put to shame; and all the multitude rejoiced for all the glorious things that were done by Him. 13:18 Then He said, "What is the kingdom of God like? And to what shall I compare it? 13:19 "It is like a mustard seed, which a man took and put in his garden; and it grew and became a large tree, and the birds of the air nested in its branches." 13:20 And again He said, "To what shall I liken the kingdom of God? 13:21 "It is like leaven, which a woman took and hid in three measures of meal till it was all leavened." 13:22 And He went through the cities and villages, teaching, and journeying toward Jerusalem. 13:23 Then one said to Him, "Lord, are there few who are saved?" And He said to them, 13:24 "Strive to enter through the narrow gate, for many, I say to you, will seek to enter and will not be able. 13:25 "When once the Master of the house has risen up and shut the door, and you begin to stand outside and knock at the door, saying, `Lord, Lord, open for us,' and He will answer and say to you, `I do not know you, where you are from,' 13:26 "then you will begin to say, `We ate and drank in Your presence, and You taught in our streets.' 13:27 "But He will say, `I tell you I do not know you, where you are from. Depart from Me, all you workers of iniquity.' 13:28 "There will be weeping and gnashing of teeth, when you see Abraham and Isaac and Jacob and all the prophets in the kingdom of God, and yourselves thrust out. 13:29 "They will come from the east and the west, from the north and the south, and sit down in the kingdom of God. 13:30 "And indeed there are last who will be first, and there are first who will be last." 13:31 On that very day some Pharisees came, saying to Him, "Get out and depart from here, for Herod wants to kill You." 13:32 And He said to them, "Go, tell that fox, `Behold, I cast out demons and perform cures today and tomorrow, and the third [day] I shall be perfected.' 13:33 "Nevertheless I must journey today, tomorrow, and the [day] following; for it cannot be that a prophet should perish outside of Jerusalem. 13:34 "O Jerusalem, Jerusalem, the one who kills the prophets and stones those who are sent to her! How often I wanted to gather your children together, as a hen [gathers] her brood under [her] wings, but you were not willing! 13:35 "See! Your house is left to you desolate; and assuredly, I say to you, you shall not see Me until [the time] comes when you say, `Blessed is He who comes in the name of the LORD!'" |
| KeyWords: |