| bible.lagu-gereja.com |
| << | Matius 5 | >> |
| Matius 5 | Matthew 5 |
| Khutbah di atas Bukit 1Apabila Yesus melihat orang ramai itu, Dia naik ke bukit lalu duduk. Pengikut-pengikut-Nya berkumpul di sekeliling-Nya, 2lalu Dia mula mengajar mereka: Kebahagiaan yang Sejati (Luk 6.20-23) 3“Berbahagialah orang yang sedar bahawa mereka memerlukan Allah, merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah! 4 Berbahagialah orang yang bersedih hati, Allah akan menghiburkan mereka! 5 Berbahagialah orang yang rendah hati, mereka akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah! 6 Berbahagialah orang yang betul-betul mahu melakukan kehendak Allah, Allah akan memuaskan mereka! 7Berbahagialah orang yang mengasihani orang lain, Allah juga akan mengasihani mereka! 8 Berbahagialah orang yang murni hati, mereka akan mengenal Allah! 9Berbahagialah orang yang membawa kedamaian antara manusia, Allah akan menyebut mereka anak-anak-Nya! 10 Berbahagialah orang yang menderita penganiayaan kerana melakukan kehendak Allah, merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah! 11 Berbahagialah kamu apabila orang menghina, menganiaya, dan memfitnah kamu kerana kamu pengikut-Ku. 12 Nabi-nabi zaman dahulu juga dianiaya seperti itu. Bersukacitalah dan bergembiralah, kerana Allah sudah menyediakan pahala yang besar di syurga untuk kamu.” Garam dan Cahaya (Mrk 9.50; Luk 14.34-35) 13 “Kamu bagaikan garam dunia. Jika garam sudah menjadi tawar, garam itu tidak dapat menjadi masin lagi. Garam seperti itu tidak berguna lagi, selain dibuang dan dipijak-pijak orang. 14 Kamu bagaikan cahaya bagi dunia. Kota yang terletak di atas bukit tidak dapat disembunyikan. 15 Tidak seorang pun memasang pelita lalu menaruhnya di bawah pasu, tetapi dia akan meletakkannya di atas kaki pelita supaya memberikan cahaya kepada setiap orang di dalam rumah. 16 Hendaklah cahaya kamu juga bersinar di hadapan orang, supaya mereka melihat perbuatan kamu yang baik, lalu memuji Bapa kamu yang di syurga.” Ajaran tentang Taurat 17“Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang supaya semua ajaran itu berlaku. 18 Ingatlah! Selama langit dan bumi masih ada, titik atau huruf yang terkecil sekalipun di dalam Taurat, tidak akan dihapuskan jika semuanya belum berlaku. 19Oleh itu, sesiapa melanggar hukum yang paling tidak penting sekalipun, serta mengajar orang lain berbuat demikian, orang itu akan menjadi yang paling tidak penting antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah. Sebaliknya, sesiapa mentaati Taurat dan mengajar orang lain berbuat demikian, orang itu akan menjadi penting antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah. 20Oleh itu ingatlah bahawa kamu dapat menikmati Pemerintahan Allah, hanya jika kamu lebih setia daripada guru Taurat dan orang Farisi dalam usaha kamu melakukan kehendak Allah.” Ajaran tentang Kemarahan 21 “Kamu sudah mendengar yang diajarkan kepada nenek moyang kita: ‘Jangan membunuh; sesiapa yang membunuh orang akan diadili.’ 22Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Sesiapa yang marah terhadap saudaranya akan diadili; dan sesiapa yang memaki saudaranya akan dibawa ke hadapan Majlis Agama, dan sesiapa yang memanggil saudaranya ‘Jahil’, patut dibuang ke dalam api neraka. 23Oleh itu, apabila kamu hendak mempersembahkan pemberian di atas mazbah kepada Allah, lalu teringat bahawa saudaramu sakit hati terhadap kamu, 24tinggalkanlah pemberianmu di hadapan mazbah. Pergilah berdamai dahulu dengan dia, barulah kembali lalu persembahkan pemberian kamu itu kepada Allah. 25Jika seseorang hendak mendakwa kamu di mahkamah, berdamailah dengan dia selagi ada masa dan sebelum tiba di mahkamah. Jika tidak, orang itu akan menyerahkan kamu kepada hakim, lalu hakim akan menyerahkan kamu kepada polis, kemudian polis akan memenjarakan kamu. 26Ketahuilah, kamu akan tinggal di penjara sehingga kamu melunaskan semua dendamu.” Ajaran tentang Perzinaan 27 “Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut: ‘Jangan berzina.’ 28Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Sesiapa memandang seorang wanita dengan perasaan berahi, orang itu sudah berzina dengan dia di dalam hati. 29 Jika mata kanan kamu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah dan buanglah mata itu! Lebih baik kamu kehilangan salah satu anggota tubuh daripada seluruh tubuh kamu dibuang ke dalam neraka. 30 Jika tangan kanan kamu menyebabkan kamu berdosa, potonglah dan buanglah tangan itu! Lebih baik kamu kehilangan sebelah tangan daripada seluruh tubuh kamu masuk ke dalam neraka.” Ajaran tentang Perceraian (Mat 19.9; Mrk 10.11-12; Luk 16.18) 31 “Ada juga ajaran yang mengatakan, ‘Sesiapa menceraikan isterinya, hendaklah orang itu memberikan surat cerai kepadanya.’ 32 Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Sesiapa menceraikan isterinya kecuali kerana perzinaan, orang itu membuat isterinya berzina jika wanita ini berkahwin lagi. Orang yang mengahwini wanita yang diceraikan itu, berzina juga.” Ajaran tentang Sumpah 33 “Kamu sudah mendengar bagaimana nenek moyang kita diajar seperti berikut: ‘Jangan mungkir janji. Lakukanlah apa yang sudah kamu janjikan dengan sumpah di hadapan Tuhan.’ 34 Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Jangan bersumpah sama sekali. Jangan bersumpah demi langit, kerana langit itu takhta Allah, 35 atau demi bumi, kerana bumi itu alas kaki-Nya; atau demi Yerusalem, kerana kota itu kota Allah, Raja yang besar. 36Jangan bersumpah bahkan demi kepala kamu, kerana kamu tidak berkuasa membuat sehelai rambut menjadi putih ataupun hitam. 37Cukuplah kamu berkata ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Kata-kata yang lebih daripada itu datangnya daripada Iblis.” Ajaran tentang Pembalasan (Luk 6.29-30) 38 “Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut: ‘Mata ganti mata; gigi ganti gigi.’ 39Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Jangan balas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepada kamu. Sebaliknya jika seseorang menampar pipi kananmu untuk menghina kamu, biarkanlah dia menampar pipi kirimu juga. 40Jika seseorang mendakwa kamu di mahkamah untuk menuntut bajumu, berikanlah jubahmu juga. 41Jika seorang askar penjajah memaksa kamu mengangkat barangnya sejauh satu kilometer, angkatlah barangnya sejauh dua kilometer. 42Jika seseorang meminta sesuatu daripada kamu, berikanlah apa yang dimintanya. Jika seseorang hendak meminjam sesuatu daripada kamu, pinjamkan apa yang dikehendakinya.” Mengasihi Musuh (Luk 6.27-28,32-36) 43 “Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut: ‘Kasihilah sahabatmu, dan bencilah musuhmu.’ 44Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi orang yang menganiaya kamu. 45Dengan demikian kamu menjadi anak-anak Bapa kamu yang di syurga, kerana Allah menerbitkan matahari yang dijadikan-Nya untuk orang yang baik dan yang jahat. Dia menurunkan hujan untuk orang yang mentaati Allah dan juga untuk orang yang tidak mentaati-Nya. 46Patutkah kamu menerima pahala daripada Allah, jika kamu hanya mengasihi orang yang mengasihi kamu? Bukankah para pemungut cukai pun berbuat demikian? 47Jika kamu hanya beramah-ramahan dengan kawan-kawan kamu, apakah kelebihannya? Orang yang tidak mengenal Allah pun berbuat demikian! 48 Kamu harus mengasihi semua orang, seperti Bapa kamu yang di syurga mengasihi semua orang.”   | 5:1 And seeing the multitudes, He went up on a mountain, and when He was seated His disciples came to Him. 5:2 Then He opened His mouth and taught them, saying: 5:3 "Blessed [are] the poor in spirit, For theirs is the kingdom of heaven. 5:4 Blessed [are] those who mourn, For they shall be comforted. 5:5 Blessed [are] the meek, For they shall inherit the earth. 5:6 Blessed [are] those who hunger and thirst for righteousness, For they shall be filled. 5:7 Blessed [are] the merciful, For they shall obtain mercy. 5:8 Blessed [are] the pure in heart, For they shall see God. 5:9 Blessed [are] the peacemakers, For they shall be called sons of God. 5:10 Blessed are those who are persecuted for righteousness' sake, For theirs is the kingdom of heaven. 5:11 "Blessed are you when they revile and persecute you, and say all kinds of evil against you falsely for My sake. 5:12 "Rejoice and be exceedingly glad, for great [is] your reward in heaven, for so they persecuted the prophets who were before you. 5:13 "You are the salt of the earth; but if the salt loses its flavor, how shall it be seasoned? It is then good for nothing but to be thrown out and trampled underfoot by men. 5:14 "You are the light of the world. A city that is set on a hill cannot be hidden. 5:15 "Nor do they light a lamp and put it under a basket, but on a lampstand, and it gives light to all [who are] in the house. 5:16 "Let your light so shine before men, that they may see your good works and glorify your Father in heaven. 5:17 "Do not think that I came to destroy the Law or the Prophets. I did not come to destroy but to fulfill. 5:18 "For assuredly, I say to you, till heaven and earth pass away, one jot or one tittle will by no means pass from the law till all is fulfilled. 5:19 "Whoever therefore breaks one of the least of these commandments, and teaches men so, shall be called least in the kingdom of heaven; but whoever does and teaches [them], he shall be called great in the kingdom of heaven. 5:20 "For I say to you, that unless your righteousness exceeds [the righteousness] of the scribes and Pharisees, you will by no means enter the kingdom of heaven. 5:21 "You have heard that it was said to those of old, `You shall not murder, and whoever murders will be in danger of the judgment.' 5:22 "But I say to you that whoever is angry with his brother without a cause shall be in danger of the judgment. And whoever says to his brother, `Raca!' shall be in danger of the council. But whoever says, `You fool!' shall be in danger of hell fire. 5:23 "Therefore if you bring your gift to the altar, and there remember that your brother has something against you, 5:24 "leave your gift there before the altar, and go your way. First be reconciled to your brother, and then come and offer your gift. 5:25 "Agree with your adversary quickly, while you are on the way with him, lest your adversary deliver you to the judge, the judge hand you over to the officer, and you be thrown into prison. 5:26 "Assuredly, I say to you, you will by no means get out of there till you have paid the last penny. 5:27 "You have heard that it was said to those of old, `You shall not commit adultery.' 5:28 "But I say to you that whoever looks at a woman to lust for her has already committed adultery with her in his heart. 5:29 "If your right eye causes you to sin, pluck it out and cast [it] from you; for it is more profitable for you that one of your members perish, than for your whole body to be cast into hell. 5:30 "And if your right hand causes you to sin, cut it off and cast [it] from you; for it is more profitable for you that one of your members perish, than for your whole body to be cast into hell. 5:31 "Furthermore it has been said, `Whoever divorces his wife, let him give her a certificate of divorce.' 5:32 "But I say to you that whoever divorces his wife for any reason except sexual immorality causes her to commit adultery; and whoever marries a woman who is divorced commits adultery. 5:33 "Again you have heard that it was said to those of old, `You shall not swear falsely, but shall perform your oaths to the Lord.' 5:34 "But I say to you, do not swear at all: neither by heaven, for it is God's throne; 5:35 "nor by the earth, for it is His footstool; nor by Jerusalem, for it is the city of the great King. 5:36 "Nor shall you swear by your head, because you cannot make one hair white or black. 5:37 "But let your `Yes' be `Yes,' and your `No,' `No.' For whatever is more than these is from the evil one. 5:38 "You have heard that it was said, `An eye for an eye and a tooth for a tooth.' 5:39 "But I tell you not to resist an evil person. But whoever slaps you on your right cheek, turn the other to him also. 5:40 "If anyone wants to sue you and take away your tunic, let him have [your] cloak also. 5:41 "And whoever compels you to go one mile, go with him two. 5:42 "Give to him who asks you, and from him who wants to borrow from you do not turn away. 5:43 "You have heard that it was said, `You shall love your neighbor and hate your enemy.' 5:44 "But I say to you, love your enemies, bless those who curse you, do good to those who hate you, and pray for those who spitefully use you and persecute you, 5:45 "that you may be sons of your Father in heaven; for He makes His sun rise on the evil and on the good, and sends rain on the just and on the unjust. 5:46 "For if you love those who love you, what reward have you? Do not even the tax collectors do the same? 5:47 "And if you greet your brethren only, what do you do more [than others]? Do not even the tax collectors do so? 5:48 "Therefore you shall be perfect, just as your Father in heaven is perfect. |
| KeyWords: |