| bible.lagu-gereja.com |
| << | Matius 24 | >> |
| Matius 24 | Matthew 24 |
| Yesus Berkata-kata tentang Keruntuhan Rumah Tuhan (Mrk 13.1-2; Luk 21.5-6) 1Ketika Yesus meninggalkan Rumah Tuhan, pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya dan menunjukkan bangunan-bangunan Rumah Tuhan itu. 2Yesus berkata kepada mereka, “Lihatlah semuanya ini! Ketahuilah bahawa satu batu pun tidak akan tinggal tersusun pada tempatnya; semuanya akan dirobohkan.” Kesusahan dan Penganiayaan (Mrk 13.3-13; Luk 21.7-19) 3Di bukit Zaitun, semasa Yesus duduk, pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya. Tiada orang lain di situ, maka mereka bertanya, “Guru, beritahulah kami bila segala perkara ini akan berlaku? Apakah tanda-tanda yang akan menunjukkan masa kedatangan Guru dan akhir zaman?” 4Yesus menjawab, “Berjaga-jagalah supaya kamu tidak tertipu. 5Banyak orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, ‘Aku Penyelamat yang diutus oleh Allah!’ Mereka akan menipu banyak orang. 6Kamu akan mendengar riuh pertempuran dan berita peperangan, tetapi janganlah takut. Semua perkara ini mesti berlaku, tetapi hal itu tidak bererti bahawa akhir zaman telah tiba. 7Satu bangsa akan berperang melawan bangsa yang lain. Satu kerajaan akan menyerang kerajaan yang lain. Di mana-mana akan berlaku kebuluran dan gempa bumi. 8Semuanya ini hanya permulaan sahaja, sama seperti sakit yang dialami oleh wanita yang akan bersalin. 9 Kemudian kamu akan ditangkap dan diserahkan untuk diseksa dan dibunuh. Semua orang akan membenci kamu kerana kamu pengikut-Ku. 10Pada masa itu banyak antara pengikut-Ku yang tidak lagi percaya kepada-Ku. Mereka akan saling mengkhianati dan saling membenci. 11Lalu banyak nabi palsu akan muncul dan menipu banyak orang. 12Kejahatan semakin merebak sehingga kasih kebanyakan orang hampir lenyap. 13 Tetapi sesiapa yang bertahan sehingga akhir akan diselamatkan. 14Berita Baik tentang bagaimana Allah memerintah akan dikhabarkan ke seluruh dunia supaya semua orang mendengarnya. Setelah itu barulah tiba akhir zaman.” Bencana yang Dahsyat (Mrk 13.14-23; Luk 21.20-24) 15 “Kamu akan melihat ‘Bencana yang Dahsyat’ yang dikatakan oleh Nabi Daniel, di tempat yang suci itu. (Catatan kepada pembaca: Hendaklah kamu faham apa maknanya!) 16Lalu mereka yang di Yudea mesti lari ke pergunungan. 17Orang yang di bumbung rumah janganlah turun dan masuk ke rumah untuk mengambil sesuatu. 18 Orang yang di ladang janganlah balik untuk mengambil jubah. 19Alangkah dahsyatnya masa itu bagi wanita yang mengandung dan ibu yang menyusui bayi! 20Berdoalah kepada Allah supaya kamu tidak kena melarikan diri pada musim sejuk atau pada hari Sabat! 21 Kesusahan pada masa itu jauh lebih dahsyat daripada yang pernah berlaku, sejak dunia diciptakan sehingga sekarang. Perkara itu pun tidak akan berlaku lagi. 22Seandainya Allah tidak memendekkan masa itu, tidak seorang pun akan selamat. Tetapi kerana umat pilihan Allah, Dia memendekkan masa itu. 23Pada masa itu, jika seseorang berkata kepada kamu, ‘Lihat, Penyelamat yang diutus oleh Allah ada di sini!’ atau ‘Lihat, Dia di situ!’ - janganlah percaya kepada orang itu. 24Penyelamat palsu dan nabi palsu akan datang. Mereka akan melakukan mukjizat dan keajaiban untuk menipu orang, bahkan umat pilihan Allah pun tertipu. 25Dengarlah! Aku telah mengatakan semua ini kepada kamu sebelum perkara itu berlaku. 26Jika orang berkata kepada kamu, ‘Lihat, dia di padang gurun!’ - janganlah kamu ke sana. Atau jika mereka berkata, ‘Lihat, dia di dalam bilik!’ - janganlah percaya. 27 Sesungguhnya Anak Manusia akan datang seperti kilat yang memancar di seluruh langit, dari timur sampai ke barat. 28 Di tempat yang ada mayat, di situlah burung pemakan bangkai berkumpul.” Kedatangan Anak Manusia (Mrk 13.24-27; Luk 21.25-28) 29 “Tidak lama selepas kesusahan masa itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak lagi bercahaya. Bintang-bintang akan jatuh dari langit, dan kuasa di angkasa lepas akan ditarik daripada peredarannya. 30 Kemudian tanda Anak Manusia akan kelihatan di langit. Pada masa itu semua bangsa di bumi akan menangis, ketika melihat Anak Manusia datang di awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar. 31Trompet akan dibunyikan dengan kuat, dan Anak Manusia akan mengutus malaikat-malaikat-Nya ke empat penjuru bumi untuk mengumpulkan umat pilihan Allah dari hujung bumi ke hujung langit.” Pelajaran daripada Pokok Ara (Mrk 13.28-31; Luk 21.29-33) 32“Biarlah pokok ara memberikan pelajaran kepada kamu. Apabila dahan-dahannya hijau, lembut, dan mula bertunas, kamu tahu bahawa musim panas sudah dekat. 33Demikian juga apabila kamu melihat semua perkara ini, kamu tahu bahawa waktunya sudah dekat dan segera akan bermula. 34Ingatlah! Segala perkara ini akan berlaku sebelum orang yang hidup sekarang ini mati semuanya. 35Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya.” Tidak Seorang pun Mengetahui Hari dan Waktunya (Mrk 13.32-37; Luk 17.26-30,34-36) 36“Meskipun demikian, tidak seorang pun mengetahui hari atau waktunya, sama ada malaikat-malaikat di syurga ataupun Anak; hanya Bapa yang tahu. 37 Apabila Anak Manusia datang kelak, masa itu seperti zaman Nuh. 38Pada masa banjir belum melanda, orang makan dan minum, lelaki dan perempuan berkahwin sehingga pada hari Nuh masuk ke dalam bahtera. 39 Mereka tidak tahu akan apa yang sedang berlaku sehingga banjir membinasakan mereka semua. Demikianlah keadaannya apabila Anak Manusia datang. 40Pada waktu itu, dua orang sedang bekerja di ladang: Seorang akan dibawa pergi dan seorang lagi akan ditinggalkan. 41Dua orang wanita sedang menggiling gandum: Seorang akan dibawa pergi dan seorang lagi akan ditinggalkan. 42Berjaga-jagalah kerana kamu tidak mengetahui waktunya Tuhan kamu akan datang. 43Ingatlah hal ini! Jika tuan rumah mengetahui waktunya pencuri hendak datang, dia tidak akan tidur. Dia tidak akan membenarkan pencuri memasuki rumahnya. 44 Oleh itu, kamu pun hendaklah sentiasa bersedia, kerana Anak Manusia akan datang pada saat yang tidak kamu sangka.” Hamba yang Setia dan Hamba yang Tidak Setia (Luk 12.41-48) 45“Siapakah hamba yang setia dan bijak? Dialah orang yang ditunjuk tuannya menjadi pengurus rumah tangganya. Tuannya juga menyuruh dia memberikan makanan kepada hamba-hamba yang lain pada waktu yang ditentukan. 46Alangkah bahagianya hamba itu, jika dia didapati menjalankan tugas pada masa tuannya kembali. 47Percayalah, tuan itu akan mempercayakan segala hartanya kepada hamba itu. 48Tetapi jika hamba itu orang yang jahat, dia akan berkata dalam hati, ‘Masih lama lagi tuanku akan kembali.’ 49Lalu dia mula memukul hamba-hamba yang lain, dan makan minum dengan orang yang suka mabuk. 50Kemudian pada hari dan masa yang tidak disangkanya, tuan hamba itu kembali. 51Dia akan menghukum hamba itu dengan berat, dan membuang hamba itu ke tempat orang munafik dihukum. Di sana dia akan menangis dan menderita.”   | 24:1 Then Jesus went out and departed from the temple, and His disciples came up to show Him the buildings of the temple. 24:2 And Jesus said to them, "Do you not see all these things? Assuredly, I say to you, not [one] stone shall be left here upon another, that shall not be thrown down." 24:3 Now as He sat on the Mount of Olives, the disciples came to Him privately, saying, "Tell us, when will these things be? And what [will be] the sign of Your coming, and of the end of the age?" 24:4 And Jesus answered and said to them: "Take heed that no one deceives you. 24:5 "For many will come in My name, saying, `I am the Christ,' and will deceive many. 24:6 "And you will hear of wars and rumors of wars. See that you are not troubled; for all [these things] must come to pass, but the end is not yet. 24:7 "For nation will rise against nation, and kingdom against kingdom. And there will be famines, pestilences, and earthquakes in various places. 24:8 "All these [are] the beginning of sorrows. 24:9 "Then they will deliver you up to tribulation and kill you, and you will be hated by all nations for My name's sake. 24:10 "And then many will be offended, will betray one another, and will hate one another. 24:11 "Then many false prophets will rise up and deceive many. 24:12 "And because lawlessness will abound, the love of many will grow cold. 24:13 "But he who endures to the end shall be saved. 24:14 "And this gospel of the kingdom will be preached in all the world as a witness to all the nations, and then the end will come. 24:15 "Therefore when you see the `abomination of desolation,' spoken of by Daniel the prophet, standing in the holy place" (whoever reads, let him understand), 24:16 "then let those who are in Judea flee to the mountains. 24:17 "Let him who is on the housetop not go down to take anything out of his house. 24:18 "And let him who is in the field not go back to get his clothes. 24:19 "But woe to those who are pregnant and to those who are nursing babies in those days! 24:20 "And pray that your flight may not be in winter or on the Sabbath. 24:21 "For then there will be great tribulation, such as has not been since the beginning of the world until this time, no, nor ever shall be. 24:22 "And unless those days were shortened, no flesh would be saved; but for the elect's sake those days will be shortened. 24:23 "Then if anyone says to you, `Look, here [is] the Christ!' or `There!' do not believe [it]. 24:24 "For false christs and false prophets will rise and show great signs and wonders to deceive, if possible, even the elect. 24:25 "See, I have told you beforehand. 24:26 "Therefore if they say to you, `Look, He is in the desert!' do not go out; [or] `Look, [He is] in the inner rooms!' do not believe [it]. 24:27 "For as the lightning comes from the east and flashes to the west, so also will the coming of the Son of Man be. 24:28 "For wherever the carcass is, there the eagles will be gathered together. 24:29 "Immediately after the tribulation of those days the sun will be darkened, and the moon will not give its light; the stars will fall from heaven, and the powers of the heavens will be shaken. 24:30 "Then the sign of the Son of Man will appear in heaven, and then all the tribes of the earth will mourn, and they will see the Son of Man coming on the clouds of heaven with power and great glory. 24:31 "And He will send His angels with a great sound of a trumpet, and they will gather together His elect from the four winds, from one end of heaven to the other. 24:32 "Now learn this parable from the fig tree: When its branch has already become tender and puts forth leaves, you know that summer [is] near. 24:33 "So you also, when you see all these things, know that it is nearat the doors! 24:34 "Assuredly, I say to you, this generation will by no means pass away till all these things take place. 24:35 "Heaven and earth will pass away, but My words will by no means pass away. 24:36 "But of that day and hour no one knows, not even the angels of heaven, but My Father only. 24:37 "But as the days of Noah [were], so also will the coming of the Son of Man be. 24:38 "For as in the days before the flood, they were eating and drinking, marrying and giving in marriage, until the day that Noah entered the ark, 24:39 "and did not know until the flood came and took them all away, so also will the coming of the Son of Man be. 24:40 "Then two [men] will be in the field: one will be taken and the other left. 24:41 "Two [women will be] grinding at the mill: one will be taken and the other left. 24:42 "Watch therefore, for you do not know what hour your Lord is coming. 24:43 "But know this, that if the master of the house had known what hour the thief would come, he would have watched and not allowed his house to be broken into. 24:44 "Therefore you also be ready, for the Son of Man is coming at an hour you do not expect. 24:45 "Who then is a faithful and wise servant, whom his master made ruler over his household, to give them food in due season? 24:46 "Blessed [is] that servant whom his master, when he comes, will find so doing. 24:47 "Assuredly, I say to you that he will make him ruler over all his goods. 24:48 "But if that evil servant says in his heart, `My master is delaying his coming,' 24:49 "and begins to beat [his] fellow servants, and to eat and drink with the drunkards, 24:50 "the master of that servant will come on a day when he is not looking for [him] and at an hour that he is not aware of, 24:51 "and will cut him in two and appoint [him] his portion with the hypocrites. There shall be weeping and gnashing of teeth. |
| KeyWords: |