| bible.lagu-gereja.com |
| << | Yesaya 55 | >> |
| Yesaya 55 | Isaiah 55 |
| TUHAN Menawarkan Belas Kasihan 1 TUHAN berfirman, “Marilah, setiap orang yang haus, minumlah air yang tersedia. Marilah, kamu yang tidak mempunyai wang, terimalah gandum dan makanlah. Mari! Terimalah wain dan susu, tanpa membayar apa-apa. 2Mengapakah kamu membeli sesuatu yang tidak memuaskan? Mengapakah kamu bekerja untuk sesuatu yang tidak mengenyangkan? Dengarlah firman-Ku dan turutlah perintah-Ku, maka kamu akan menikmati makanan yang terbaik. 3 Sekarang dengarlah, hai umat-Ku; datanglah kepada-Ku, lalu kamu akan hidup. Aku akan mengadakan perjanjian yang kekal dengan kamu, dan memberi kamu berkat yang Kujanjikan kepada Daud. 4Aku menjadikan dia seorang pemimpin dan panglima bangsa-bangsa, dan melalui dia, Aku menunjukkan kuasa-Ku kepada mereka. 5Kamu akan memanggil bangsa-bangsa asing untuk menghadap; pada suatu masa dahulu mereka tidak mengenal kamu, tetapi sekarang mereka berlari kepada kamu. Aku, TUHAN Allah kamu, Allah Israel, Allah yang suci akan melaksanakan segala perkara ini; Aku akan mengagungkan kamu.” 6Kembalilah kepada TUHAN semasa masih dapat; berserulah kepada-Nya semasa Dia masih dekat. 7Biarlah orang jahat meninggalkan cara hidup mereka, dan mengubah jalan fikiran mereka. Biarlah mereka kembali kepada TUHAN, Allah kita, kerana Dia berbelas kasihan dan sentiasa sedia mengampuni. 8TUHAN berfirman, “Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu, dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu. 9Setinggi langit dari bumi, setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu, dan fikiran-Ku daripada fikiranmu. 10 Firman-Ku seperti salji dan hujan yang turun dari langit untuk membasahi bumi, serta menumbuhkan tanaman sehingga menghasilkan benih untuk ditanam dan makanan untuk dimakan. 11Demikian jugalah firman yang Aku ucapkan akan berjaya mencapai tujuan-Ku, dan melakukan setiap perkara yang Aku tentukan. 12Kamu akan meninggalkan Babel dengan sukacita, kamu akan dipimpin keluar dari kota itu dengan kedamaian. Gunung dan bukit akan bernyanyi dengan gembira, semua pokok di padang akan bertepuk tangan. 13Pokok sipres akan menggantikan semak duri, pokok kemunting menggantikan semak belukar. Kejadian ini sebagai tanda yang kekal, peringatan bahawa Aku, TUHAN, telah melakukannya.”   | 55:1 "Ho! Everyone who thirsts, Come to the waters; And you who have no money, Come, buy and eat. Yes, come, buy wine and milk Without money and without price. 55:2 Why do you spend money for [what is] not bread, And your wages for [what] does not satisfy? Listen carefully to Me, and eat [what is] good, And let your soul delight itself in abundance. 55:3 Incline your ear, and come to Me. Hear, and your soul shall live; And I will make an everlasting covenant with youThe sure mercies of David. 55:4 Indeed I have given him [as] a witness to the people, A leader and commander for the people. 55:5 Surely you shall call a nation you do not know, And nations [who] do not know you shall run to you, Because of the LORD your God, And the Holy One of Israel; For He has glorified you." 55:6 Seek the LORD while He may be found, Call upon Him while He is near. 55:7 Let the wicked forsake his way, And the unrighteous man his thoughts; Let him return to the LORD, And He will have mercy on him; And to our God, For He will abundantly pardon. 55:8 "For My thoughts [are] not your thoughts, Nor [are] your ways My ways," says the LORD. 55:9 "For [as] the heavens are higher than the earth, So are My ways higher than your ways, And My thoughts than your thoughts. 55:10 "For as the rain comes down, and the snow from heaven, And do not return there, But water the earth, And make it bring forth and bud, That it may give seed to the sower And bread to the eater, 55:11 So shall My word be that goes forth from My mouth; It shall not return to Me void, But it shall accomplish what I please, And it shall prosper [in the thing] for which I sent it. 55:12 "For you shall go out with joy, And be led out with peace; The mountains and the hills Shall break forth into singing before you, And all the trees of the field shall clap [their] hands. 55:13 Instead of the thorn shall come up the cypress tree, And instead of the brier shall come up the myrtle tree; And it shall be to the LORD for a name, For an everlasting sign [that] shall not be cut off." |
| KeyWords: |